MISI PENGHIBUR HATI - HADIAH UNTUK SI KECIL

AHAD | 06 APRIL 2025

(10.00am-1.30pm)

PPS Masjid Putra Heights

PPS Camelia, Putra Heights

Jumlah sukarelawan: 25

Bentuk Sumbangan:

Khidmat PFA

Sumbangan duit raya & Hadiah untuk Si Kecil

"Terima kasih datang hiburkan anak-anak kami, kalau tidak diorang tak keluar, duduk dalam khemah je ..."

"Bila nak datang lagi?"

Antara luahan ibu bapa di sini.

Bukan senang untuk mendapatkan kebenaran masuk di sini, inikan pula untuk buat program sebegini. Jenuh juga menyakinkan pihak pengurusan PPS bahawa kita bukan sekadar membawa badut & memintal belon...kami membawa kegembiraan & kebahagiaan..

Alhamdulillah. Matlamat kita untuk menghiburkan & merawat trauma mereka tercapai, insya-Allah.

Bahagia melihat mereka tersenyum..

Team PFA CDA Sanggar Suri Malaysia dan Misi Penghibur Hati (Persatuan Seniman Badut) jalankan tugas sebaik mungkin dan seikhlasnya.

Bukan anak-anak sahaja gembira, ibu bapa dan para petugas serta NGO yang ada berbakti di sana juga ceria bersama.

Sambil berhibur kami luangkan masa mendengar kisah trauma mereka.

Anak-anak kecil juga ada yang mendekati kami dan menunjukkan kesan jahitan lukanya di kepala. Ada juga yang berbalut tangan atau kaki.

Begitu juga ibu bapa yang berkongsi kisah trauma mereka menghadapi musibah bencana letupan gas termasuk mangsa yang menyelamatkan diri terjun ke dalam sungai.

Ini baru permulaan Misi Pasca Bencana Alam (Letupan Gas). Insya-Allah kita akan kembali membantu mereka untuk BANGKIT semula selepas ini.

Sementara itu, Tabung Kecemasan Letupan Gas diteruskan untuk mengumpul dana bagi membantu mereka.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya Puan Watt Noor Hidawati MJ bersama sahabat-sahabat Badut (Persatuan Seniman Badut) dan CDA Sanggar Suri Malaysia, termasuk wakil Sanggar Suri Kelantan Kapten Bersekutu(PA) Nozlyhairani Suhana Nozly H. Suehana Mohamed.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada penyumbang, terutamanya Muslimat TTDI Jaya, Shah Alam di bawah seliaan Puan Suzana Hulaimi yang menjadi penyumbang utama.

Penghargaan juga atas kerjasama dan sumbangan bakti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta semua petugas & NGO yang ada menabur bakti di sana.

Semoga Allah berkati usaha berjemaah kita ini dan ganjari dengan pahala yang berpanjangan. Amin

Previous
Previous

Mesyuarat Rakan NADMA

Next
Next

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASAL SG SIPUT